Abdul Ghani (kanan) membantu menyusun bekalan makanan yang akan diagihkan bersama Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (KEMUDI) kepada mangsa banjir di Kampung Bukit Pak Junoh. FOTO Fathil Asri
Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memperuntukkan bantuan bernilai lebih RM20,000 menerusi Misi Agihan Bantuan Banjir di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, program itu dijalankan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPDNKK dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dengan beberapa agensi bukan kerajaan (NGO).

Katanya, dianggarkan lebih 5,000 mangsa banjir menerima bantuan makanan seperti beras, biskut dan air mineral.

"Ini adalah siri keenam agihan bantuan diberikan sejak banjir mula melanda minggu lalu.

"Hari ini 110 rumah di Kampung Bukit Pak Junoh dan Kampng Baroh Pial, di Rantau Panjang menerima bantuan ini selepas rumah mereka dinaiki air.

"Kita akan meneruskan misi ini ke beberapa lokasi lain bagi membantu meringankan beban mangsa banjir," katanya di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden KEMUDI, Mohd Zailani Abd Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 5:32 PM