Skip this ad x
POLIS mengawasi demonstrasi aman membantah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Kedutaan Amerika Syarikat.
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berhubung demonstrasi aman membantah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Difahamkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi memastikan sama ada perhimpunan terbabit diadakan mengikut peruntukan undang-undang.

Perkara terbabit disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif menerusi satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung kertas siasatan terbabit.

“Dianggarkan lebih kurang 1,500 peserta menghadiri demonstrasi terbabit.

“Tindakan susulan pihak polis akan buka kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan pihak polis turut menahan dua individu ketika perhimpunan terbabit bagi mengelakkan tercetusnya provokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2017 @ 2:34 AM