Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


BAPA kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Jalan Kuala Kangsar-Gerik di Lenggong, kelmarin, meninggal dunia awal pagi tadi.

Ismail Yaacob, 53, yang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada 1.40 pagi tadi.

Dalam kemalangan 11 pagi itu, tiga beradik maut manakala Ismail dan isterinya, Zarina Yong, 44, parah dan seorang lagi anak pasangan itu cedera selepas treler dipercayai mengalami masalah brek merempuh empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat itu termasuk Honda HRV dinaiki mangsa.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun dan kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa ketika dihubungi mengesahkannya dan memberitahu mangsa meninggal dunia di Hospital Taiping.

Berita berkaitan

'Saya lihat bayangan anak-anak melambai pergi'

Kembar, kakak, macam anak sendiri [UPDATE]

Nampak treler seret Nissan Sentra [UPDATE]

[UPDATE] Pasangan kembar antara yang maut

Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 11:21 AM