MAYAT lelaki yang ditemui terdampar di Pantai Sungai Dua. FOTO ihsan pembaca
Siti Nor Hidayatidayu Razali


MAYAT lelaki ditemui terdampar di tepi Pantai Sungai Dua, Bachok, 8 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat berkenaan yang lengkap berpakaian sebuah syarikat perkhidmatan marin dan luar pesisir pantai ditemui orang ramai sebelum dimaklumkan kepada polis.

"Selepas mendapat laporan, polis bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya di Bachok, hari ini.

Katanya, sebahagian anggota badan mayat itu sudah reput dan ia kemungkinan dibawa ombak ke tepi pantai.

"Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 6:44 PM