GAMBAR hiasan
Muhamaad Razis Ismail


EMPAT belas mangsa banjir membabitkan dua keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Gua Musang, hari ini.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, PPS itu mula dibuka 1 pagi tadi.

Beberapa sungai berada di paras berjaga-jaga termasuk Sungai Lebir di Kuala Koh(68.49 meter), Sungai Galas di Limau Kasturi (58.32 m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.29 m).

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, 30 orang daripada lima keluarga di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, Gua Musang terpaksa berpindah apabila rumah mereka dinaiki air sejak awal malam tadi.

Mereka berpindah ke atas bukit berhampiran RKT itu kira-kira 9 malam tadi berikutan air dari anak sungai melimpah apabila hujan lebat sejak 5 petang semalam.

Bagaimanapun, 16 mangsa banjir yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Berita berkaitan:

Sedar-sedar banjir dah sampai

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 11:08 AM