FAIL Harian Metro
Raja Noraina Raja Rahim


SELEPAS ketua jurulatih bola sepak di Tampin ditahan SPRM, semalam, pengurus Kuala Pilah TGI United pula diberkas, pada petang Sabtu.

Lelaki berusia 37 tahun terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, Seremban, pada 3.25 petang, hari ini.

Sumber berkata, ia adalah tangkapan kedua berkaitan kes mengatur perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Zon Selatan, pada November 2017.

Menurutnya, suspek disyaki memberi wang rasuah kepada pemain skuad lawan terbabit supaya tewas di tangan pasukannya.

Katanya, pengurus itu melakukan aktiviti berkenaan melalui suspek lelaki pertama.

“Perbuatan itu balasan kerana memastikan kemenangan berpihak kepada Kuala Pilah TGI United pada perlawanan LBR Zon Selatan, 25 November.

“Suapan RM80 seorang kepada setiap 18 pemain dan RM100 kepada tujuh pegawai pasukan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman, esok.

Berita berkaitan

Jurulatih direman lima hari

Jurulatih bola sepak disyaki beri rasuah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 10:15 PM