RUMAH lama milik Tuan Rahimah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MOHD Zuki (dua kanan) menyerah kunci rumah Tuan Rahimah di Kampung Senang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


PENDERITAAN ibu tunggal anak empat yang menghuni rumah papan sudah uzur mendapat pembelaan selepas menerima rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Senang, Kota Jembal, Kota Bharu, hari ini.

Ibu tunggal berkenaan, Tuan Rahimah Long Ahmad, 48, mendiami rumah pusaka peninggalan kedua ibu bapanya lebih sembilan tahun lalu.

Tuan Rahimah berkata, rumah berkenaan sudah uzur apabila atapnya dipenuhi lubang dan menunggu masa hendak roboh.

"Alhamdulillah impian saya dan empat anak untuk memiliki rumah yang lebih selesa tercapai hasil bantuan pemimpin yang berusaha memohon rumah ini daripada kerajaan persekutuan.

"Selama ini, saya dan anak-anak terpaksa berhimpit di dalam rumah yang sempit dan dipenuhi lubang.

"Saya tidak mampu membina rumah sendiri, memandangkan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan sejak dua tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas penyerahan kunci rumah PPRT di Kampung Senang, Kota Jembal, Kota Bharu, hari ini.


RUMAH lama milik Tuan Rahimah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kunci diserahkan oleh Penyelaras UMNO Demit, Parlimen Kubang Kerian, Mohd Zuki Sapiin.

Sementara itu, Mohd Zuki berkata, rumah PPRT berkenaan dibina dua bulan lalu dengan kos RM56,000.

Katanya, ibu tunggal berkenaan layak menerima rumah itu memandangkan dia tidak bekerja dan mempunyai empat anak termasuk seorang yang masih bersekolah.

"Rumah ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementeri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 4:40 PM