PESERTA Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia yang berlangsung di Putrajaya.
HM Digital

Putrajaya: Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M) yang berlangsung serentak di 10 lokasi di seluruh negara semalam merekodkan penyertaan seramai 6,255 peserta sekali gus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai peserta paling ramai bagi kayuhan amal.

Kayuhan amal yang juga program tahunan anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu mengumpul RM100,000 hasil sumbangan peserta kayuhan, orang awam dan korporat.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromaniam berkata, kayuhan amal ini acara tahunan pihaknya dalam memberikan sumbangan sosial kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, bagi tahun ini, pihaknya menyerahkan sumbangan hasil kutipan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM).

“Program ini dianjurkan bersama Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) dan PSDM bersempena dengan Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-36,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 4:58 AM