LALUAN ke SK Kampung Besut dinaiki air. FOTO ihsan Jabatan Pendidikan Negeri
Ahmad Rabiul Zulkifli


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Kampung Besut di Permaisuri terpaksa ditutup sesi persekolahan hari ini berikutan laluan ke sekolah itu dinaiki air.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, 144 murid dan 17 guru tidak dibenarkan ke sekolah berkenaan kerana faktor keselamatan.

"Pihak jabatan berharap semua murid dan ibu bapa sentiasa peka dengan arahan semasa yang dikeluarkan pihak bertanggungjawab.

"Sentiasa mengikuti laporan dan arahan semasa yang dikeluarkan pihak berkenaan melalui media semasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, murid yang tidak ke sekolah juga dinasihatkan supaya tidak membahayakan diri bermain di kawasan yang dinaiki air dan mengutamakan keselamatan pada setiap masa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 3:50 PM