Sumet Sasithon (dua kanan) bersama wakil media Selatan Thailand dan Presiden Kelab Media Elit Kedah, Mohd Rafie Azimi meninjau lokasi tapak pembinaan parkir dan premis perniagaan. FOTO Nordiana Shafiee
Sumet Sasithon (dua kanan) bersama wakil media Selatan Thailand dan Presiden Kelab Media Elit Kedah, Mohd Rafie Azimi meninjau lokasi tapak pembinaan parkir dan premis perniagaan. FOTO Nordiana Shafiee
Nordiana Shafiee


RAKYAT Malaysia yang ingin berkunjung ke Thailand bakal menikmati kemudahan parkir seluas 2.4 hektar berhampiran padang sukan Sadao, Thailand bermula pertengahan tahun ini.

Datuk Bandar Sadao Sumet Sasithon berkata, parkir yang boleh memuatkan 50 kenderaan dari Malaysia seperti bas dan kereta atau 200 kereta sahaja dalam satu masa itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

Menurutnya, pembinaan kawasan letak kenderaan yang menelan kos 40 juta Baht (RM5 juta) itu bagi memudahkan pelancong terutama yang hendak meneruskan perjalanan ke negara itu menaiki pengangkutan awam.

“€œDengan adanya kemudahan yang terletak 12 kilometer (km) dari pintu sempadan, ia akan membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir apabila ramai pelancong datang ke Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

“€œSelain itu, kita juga akan membina premis perniagaan di kawasan ini serta pasar kraftangan Malaysia-Thailand dijangka beroperasi setiap Isnin dan ini menjadikan keseluruhan kos pembinaan termasuk parkir mencecah 200 juta Baht (RM24.8 juta),”€ katanya ketika mengadakan lawatan tapak bersama wakil Kelab Elit Media Kedah (KMEK), semalam.

Sumet berkata, pembinaan kawasan parkir setingkat itu juga akan memudahkan pelancong untuk ke taman tema air terletak kira-kira 2 km yang bakal dibuka dua tahun lagi.

Menurutnya, berhampiran kawasan parkir itu juga terdapat padang dengan warga Malaysia turut dibenarkan menjalankan aktiviti di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 6:56 PM