Nurul Hidayah Bahaudin


BAYI lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui orang awam di tingkat bawah blok sebuah apartment di Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki itu ditemui pada 7.45 pagi sebelum orang awam menghubungi polis.

“Bayi ditemui dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, keturunan bayi belum dikenal pasti.

“Bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ali berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 5:19 PM