Mazlan menerima anugerah darjah kebesaran SMW yang membawa gelaran Datuk Seri.
HM Digital

Kuala Lumpur: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Istana Negara di sini, kelmarin.

Mazlan antara 22 individu dianugerahkan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 4:29 AM