Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my


Kajang: Sanggup menjual kedai pembuatan jeriji dan besi miliknya untuk dijadikan modal bagi mencari peluang menempa nama sebagai pereka khas motosikal di luar negara.

Itu pengorbanan dilakukan Omar Jumiran, 48, pada 2013 sebelum impian itu dilupakan sementara waktu kerana kekangan kewangan dialaminya.

Namun kekecewaan bapa empat anak itu terubat apabila dia dipilih mewakili Malaysia bertanding dalam Kejohanan Dunia Motosikal Binaan Khas AMD 2018 di Cologne, Jerman, Oktober depan selepas memenangi saringan pertandingan MotoNation 2017, Disember lalu.


OMAR bersama motosikal Eastern Bobber Bone X yang akan dipertandingkan Oktober depan.

Menurutnya, minat meneroka bidang pembuatan khas bermula sejak kecil dan mula menguji bakatnya dengan membina motosikal sendiri pada 1996 sebelum membuka kedai jeriji dan besi.

“Saya jual dua kedai saya untuk dijadikan modal ke luar negara bagi mencari peluang bertanding dalam acara berprestij berkenaan kerana tidak mahu menjadi jaguh kampung semata-mata.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 8:29 AM