ANGGOTA bomba menggunakan pemotong khas bagi mengeluarkan jari mangsa daripada tombol pintu. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menggunakan pemotong khas bagi mengeluarkan jari mangsa daripada tombol pintu. FOTO ihsan Bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


BUDAK lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih satu jam selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu, malam tadi.

Mangsa berusia 12 tahun itu dibawa bapanya ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu pada 9 malam bagi mendapatkan bantuan selepas usaha mengeluarkan jari yang dilakukan di rumah tidak berjaya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, jari telunjuk kanak-kanak itu tersepit sehingga berdarah kerana cuba dikeluarkan.

Menurutnya, namun usaha bapa mangsa tidak berjaya sehingga memaksa dia membawa anak lelakinya mendapatkan bantuan anggota bomba.

"Anggota bomba kemudiannya menggunakan pemotong khas bagi memotong tombol pintu berkenaan bagi mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit.

"Operasi memotong mengambil masa lebih 40 minit kerana ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko kecederaan lebih serius berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 9.41 malam.

Katanya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut ekoran luka yang dialami.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 12:13 PM
Digital NSTP Subscribe