Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, kerana merogol anak tirinya yang berusia 16 tahun di Port Dickson pada Januari sehingga Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun, mengaku tidak bersalah bagi lima pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang pada ketika itu berusia 16 tahun ke bawah tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Port Dickson antara 2 Januari sehingga 27 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebat.


PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Sesyen, kerana merogol anak tirinya yang masih di bawah umur di Port Dickson pada Januari sehingga Mac lalu. FOTO Adzlan Sidek

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiza Harun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurhafiza memohon mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 7 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan perubatan dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 2:03 PM