LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
Adie Suri Zulkefli


KEMENTERIAN Pendidikan tidak menolak kemungkinan wujud elemen buli dalam kejadian pelajar sekolah menengah di Shah Alam, Selangor yang ‘dipukul’ rakannya kononnya sebagai tradisi sambutan ulang tahun kelahiran.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian itu sebelum memutuskan tindakan ke atas pelajar terbabit selepas menerima laporan penuh.

“Kementerian menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian itu, dan kita akan memutuskan tindakan seterusnya sebaik sahaja menerima laporan berkaitan kes terbabit daripada pihak polis.

“Setakat ini, kita tidak menolak kemungkinan ada elemen buli di sekolah terbabit,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di Alor Setar, hari ini.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas video kejadian pelajar ‘dipukul’ rakan sekelasnya sebagai acara ‘tradisi’ sambutan ulang tahun kelahiran, yang menjadi tular, baru-baru ini.

Pihak polis setakat ini menahan sembilan pelajar untuk membantu siasatan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Berita berkaitan

[UPDATE] Pelajar 'dipukul' buat laporan polis

'Tradisi birthday' konon

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 11:29 AM