FADI (gambar kecil) maut ditembak dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Nurul Hidayah Bahaudin


PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) mengutuk pembunuhan pensyarah universiti swasta yang juga imam dari Palestin, Dr Fadi al-Batsh, hari ini.

Yang Dipertua PUM Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pihaknya menggesa siasatan terperinci dijalankan bagi kes pembunuhan berkenaan.

"Ramai yang mengenali arwah sebagai seorang yang baik dan arwah biasa menjadi imam termasuk ketika solat tarawih pada Ramadan.

"Arwah juga antara yang bergiat aktif mendapatkan dana kemanusiaan untuk rakyat Palestin khususnya di Gaza," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Semoga Malaysia terus aman dan selamat untuk seluruh rakyat yang tinggal dalam negara ini. Kami doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan salihin," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi, Fadi al-Batsh, 35,meninggal dunia selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan di Kuala Lumpur.

Berita berkaitan

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 4:13 PM