DR Rami AlBatsh (kanan), Enas (tiga dari kanan) dan rakan Allahyarham, Dr Abdul Rahim hadir di Unit Forensik Hospital Selayang bagi urusan membawa pulang jenazah Dr Fadi M R AlBatsh yang ditembak mati dua lelaki dalam kejadian Sabtu lalu. FOTO Mohd Azam Shah Yaacob
Mohd Azam Shah Yaacob


ADIK lelaki kepada pensyarah, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang dibunuh kejam pagi Sabtu lalu, dilihat muncul di perkarangan Unit Forensik Hospital Selayang (HS), Gombak, sekitar 9.30 pagi tadi bagi proses pengurusan membawa pulang jenazah abangnya ke Gaza.

Lelaki terbabit, Dr Rami Albatsh, 31, dilihat muncul bersama isteri mangsa, Enas, 30, sambil ditemani beberapa kenalan lain.

Seorang daripada rakan Allahyarham yang hadir sama dikenali sebagai Dr Abdul Rahim berkata, mereka hadir bagi menyerahkan beberapa dokumen untuk menuntut mayat Fadi.

Katanya, jenazah Fadi dijangka akan dibawa pulang ke Palestin pada keesokan hari berikutan pihaknya perlu melakukan beberapa prosedur lain yang mengambil masa satu hingga dua hari termasuk mendapatkan kebenaran membawa keluar jenazah dari negara ini.

"Hari ini kami datang untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak HS.

"Kami jangka akan dapat membawa pulang jenazah Fadi paling cepat pada esok hari kerana beberapa urusan mengambil masa lama termasuk urusan penerbangan," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HS.

Berita berkaitan

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 10:50 AM