WAJAH seorang penumpang mirip Allahyarham Dr Fadi M R Albatsh menimbulkan suasana sedih di dalam pesawat apabila anaknya bertindak memeluk dan bermanja dengan lelaki berkenaan. FOTO Ihsan MyCARE
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


WAJAH seorang penumpang mirip Allahyarham Dr Fadi M R Albatsh menimbulkan suasana sedih di dalam pesawat apabila anaknya bertindak memeluk dan bermanja dengan lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika di dalam pesawat Saudi Airlines yang dinaiki Isteri Allahyarham, Enas AlBasth,31 dan tiga anaknya berusia enam hingga setahun.

Anak bongsu Allahyarham, Mohamed bertindak demikian selepas menyangkakan lelaki berkenaan, bapanya.

Menceritakan kejadian, Sukarelawan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Farisul Islam berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika mereka dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Kaherah.

"Mohamed kelihatan bermanja dengan penumpang berkenaan kerana perwatakan dan rupanya yang berjambang mirip arwah.

"Mungkin anak kecil itu merindui arwah ayahnya dan masih tidak mengerti apa-apa,"katanya.

Farisul berkata, Mohamed kelihatan gembira selepas menemui lelaki terbabit.

"Dia (Mohamed) sangat gembira dan sempat bermain dengan penumpang terbabit," katanya.

Farisul bersama isterinya adalah sukarelawan yang mengiringi isteri Dr Fadi ke Kaherah, Mesir.

Jenazah Fadi tiba kira-kira jam 10.40 pagi (waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Kaherah.

Jenazah Fadi dibawa menaiki pesawat Saudi Airlines yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 7 malam semalam.

Berita berkaitan

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 6:52 PM