JAMAL mengadakan persembahan sempena program Anak Muda Melaka Fest di Dataran 1Malaysia Klebang. -Foto AMIR MAMAT
Amir Mamat
cnews@nstp.com.my


RAJA Pop, Datuk Jamal Abdillah menasihatkan peminatnya di seluruh negara supaya mengekalkan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), esok.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu sudah banyak melakukan perubahan sejak lebih sembilan tahun lalu, termasuk menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan.

Sehubungan itu, katanya, pengundi diminta supaya tidak mempertaruhkan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang," katanya selepas mengadakan persembahan sempena program Anak Muda Melaka Fest di Dataran 1Malaysia, Klebang, malam tadi.

Pada majlis itu, Jamal yang ditemani isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin turut memotong kek sempena hari jadinya ke-59.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 12:07 PM