PETUGAS media tempatan dan luar negara di kawasan laluan masuk ke kediaman Najib. FOTO Aswadi Alias
Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar

SUDAH empat jam berlalu, polis masih belum selesai melakukan penggeledahan di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, ratusan orang ramai yang membanjiri kawasan ini sejak 11 malam tadi, masih belum berganjak untuk menyaksikan episod seterusnya.

Setakat 2.15 pagi tadi, puluhan pengamal media dari dalam dan luar negara juga masih sabar menanti kesudahan serbuan polis ke atas kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, hujan renyai mulai membasahi kawasan sekitar namun tidak diendahkan orang ramai yang terus menunggu.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau yang dihubungi NSTP, memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan dokumen.

Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam tadi.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Polis geledah dokumen di rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib'

'[UPDATE] Media mula 'berkampung' depan rumah Najib'

'[UPDATE] Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 3:03 AM