ANGGOTA polis memasuki pekarangan rumah Najib. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my


SELEPAS 12 jam, pasukan polis masih belum beredar dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur setakat 10.15 pagi tadi.

Sebelum itu, lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis dilihat memasuki perkarangan rumah Najib untuk melakukan pemeriksaan pada 10.15 malam tadi.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengapa pihak polis masih belum beredar dari lokasi.

Sementara itu, sebuah lagi kereta peronda polis dilihat memasuki perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu pada 10.12 pagi.

Puluhan petugas media termasuk dari agensi luar negara memenuhi kawasan sekitar kediaman Najib bagi menunggu perkembangan lanjut berhubung pemeriksaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 10:32 AM