Kalidevi Mogan Kumarappa dan Garret Dawum


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, pada Selasa ini.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, setakat ini SPRM sudah bersetuju untuk hadir ke kediaman beliau bagi merakam keterangan.

“Bagaimanapun, kita akan maklumkan jika ada perkembangan lagi pada Isnin ini,” katanya dalam sidang media di hadapan kediaman Najib, hari ini.

Ketika ditanya adakah Datin Seri Rosmah Mansor turut disiasat dalam kes itu, beliau menegaskan belum ada sebarang makluman bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu juga akan disiasat.

Selasa lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Berita berkaitan

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/340942/sprm-panggil-najib-beri-keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 6:35 PM