KEBAKARAN yang berlaku di gerai menjual bunga api dan mercun di Bandar Bahau, Jempol, malam tadi. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap
cnews@nstp.com.my


ORANG ramai yang sibuk membeli keperluan hari raya di saat akhir dikejutkan dengan kebakaran gerai menjual bunga api dan mercun di depan sebuah bank di Bandar Bahau, Jempol, malam tadi.

Sumber berkata, kejadian pada 10.15 malam dipercayai berlaku akibat mercun naga yang dibakar sekumpulan kanak-kanak tersasar ke gerai menjual bahan larangan itu..

Katanya, kejadian itu menyebabkan kebakaran tercetus dan api marak sehingga merosakkan siling di kaki lima bank berkenaan.

“Kejadian dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dan operasi memadam api baru selesai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 12:04 AM