Shahrul Nizam Mohamad
cnews@nstp.com.my


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran meluluskan bantuan segera RM300 bagi meringankan beban keluarga, Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran, malam tadi.

Pegawai JKM daerah, Rosnani Sulaiman berkata, selain bantuan itu, pihaknya turut memberi perkhidmatan kaunseling kepada Muhammad Rizal secara percuma kerana masih berada dalam keadaan trauma.

"Kita turut bersimpati dengan kejadian ini dan berharap Muhammad Rizal tabah dan reda dalam menerima ketentuan Allah SWT.

"Mengenai dua lagi anak Muhammad Rizal iaitu Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5, kita turut memberikan perkhidmatan kaunseling," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di Unit Forensik Hospital Bandar Jengka (HBJ), di sini, sebentar tadi.

Jenazah Muhammad Nur Rashdan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di FELDA Jengka 13 selepas bedah siasat selesai dijalankan.

Berita berkaitan:

Budak maut dikelar ibu

[UPDATE] Suspek dipercayai mengalami halusinasi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Jun 2018 @ 1:33 PM