KANAK-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad maut selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat terkena mercun. Gambar kecil, Nuraqira Khaeefa. Foto NSTP/EMAIL
Mary Victoria Dass


KANAK-KANAK perempuan berusia tujuh tahun maut selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat terkena mercun.

Mangsa, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, difahamkan tidak sedarkan diri selepas cedera di bahagian kepala ketika berada di kediaman keluarga di Felda Papan Timur, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian berlaku pada 14 Jun iaitu sehari sebelum Syawal.

"Bagaimanapun, kes berkenaan hanya dilaporkan kepada polis semalam.

"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun keseksaan/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 33 Akta kanak kanak.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi polis Kota Tinggi atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Asp Azizul Hamsar.

Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu yang dibawa pulang ke rumah datuknya malam tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 12:59 PM