RUNTUHAN Highland Towers pada 1993. Foto ARKIB NSTP
RUNTUHAN Highland Towers pada 1993. Foto ARKIB NSTP
Suhaila Shahrul Annuar


MESYUARAT pertama Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers akan diadakan esok, antara lain bagi membincangkan pelan tindakan terbaik ke arah membangunkan semula kawasan itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, mesyuarat itu juga dijangka akan memfokuskan beberapa perkara termasuk termasuk kajian kemungkinan bagi pengambilan tanah kawasan itu yang terbiar sejak berlakunya tragedi runtuhan tanah kira-kira 25 tahun lalu.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan ia membabitkan beberapa agensi termasuk Kementerian Kewangan; Kerajaan Selangor dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Selain itu, Kementerian Kerja Raya; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan; Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia; Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Beliau berkata, tapak Highland Towers adalah sebidang tanah premium, yang terletak di bandar dan sempadan Kuala Lumpur, jadi ia tidak harus dibiarkan terbengkalai begitu saja dan harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 2:42 PM