MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memakaikan Jubah kepada Speaker, Datuk Abdullah Ya'kub pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kali Ke-14, di Kompleks Kota Darul Naim. Foto NSTP/FATHIL ASRI.
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


DATUK Abdullah Ya’kub kekal sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, hari ini.

Perlantikan Abdullah dipersetujui selepas nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilantik sebagai Timbalan Speaker yang baharu menggantikan Abdul Latif Abdul Rahman.

Sebelum majlis angkat sumpah ADUN berlangsung, Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang terus memberi kepercayaan kepada beliau.

“Ini satu penghormatan tinggi kepada saya sebagai Speaker DUN Kelantan dan saya berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin.

“Saya juga berharap mendapat kerjasama daripada semua ADUN bagi melancarkan tugasan saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 11:29 AM