MOHD Asyraf (kiri) mengangkat jenazah Muhammad Luthhakim keluar dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, selepas selesai bedah siasat, hari ini. FOTO Muhd Asyraf Sawal.
T N Alagesh dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
cnews@nstp.com.my


“KELMARIN (Ahad) saya hubungi kakak ipar dia maklumkan keluarganya dan suami dalam keadaan baik dan sihat...jadi bila dapat tahu anak saudara saya mati semalam, saya terkejut dan tidak percaya,” kata Mohd Asyraf Mohd Jasni, bapa bapa saudara mangsa dera, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10.

Mohd Asyraf, 29, berkata, beliau segera bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dari Banting, Selangor sebaik mengetahui kejadian itu.

Sepanjang mengenali abang dan kakak iparnya, beliau mendakwa, mereka tidak mempunyai masalah dengan anak mereka.

“Mengenai kecederaan lama ditemui pada badan dia (Muhammad Luthhakim) saya tidak tahu, saya tidak berani mengatakan ia adalah kesan pukul atau sebaliknya.

“Biar polis jalankan siasatan, tetapi sepanjang saya mengenali mereka, keluarga mereka bahagia,” katanya.

Mohd Asyraf mendakwa, abangnya bergegas dari Klang, Selangor semalam sebaik mendapat tahu mengenai kematian anaknya.

“Abang saya yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan Grab di Klang dan apabila dapat tahu mengenai kejadian, dia terus pulang ke Kuantan,” katanya.

Berita berkaitan

'[UPDATE] Ibu, bapa mangsa dera direman seminggu'

'[UPDATE] Kesan melecur pada kemaluan mangsa'

'Ibu jenis apa kau ni...'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 8:48 PM