Nurul Fhatihah Zakinan

Ayer Keroh: Langkah penambahbaikan pusat tahfiz di seluruh negara harus dilakukan segera bagi melahirkan produk huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik pada masa depan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin tidak sepatutnya mengemukakan cadangan menutup pusat tahfiz, sebaliknya melihat usaha untuk terus menambah baik institusi terbabit jika terdapat kelemahan.

“Saya rasa tidak sepatutnya itu (tutup) dicadangkan kerana bagi saya jika ada kelemahan di peringkat sekolah tahfiz, penambahbaikan kita boleh lakukan,” katanya.


ADLY (tengah) menyampaikan replika kunci motosikal kepada Johnny Chang Y K (kiri) pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Pembayar Cukai Tanah dan Sambutan Aidilfitri di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Ayer Keroh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 11:23 AM