KAH Tze (kiri) dan Hean Leong diminta tampil di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
KAH Tze (kiri) dan Hean Leong diminta tampil di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Fazrik Kamarudin


BAHAGIAN Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan dua saksi lelaki bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua lelaki itu ialah Gan Kah Tze, 32, beralamat terakhir di A-25-8, Menara City One, Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur dan Soh Hean Leong, 35, dengan alamat terakhirnya di 1476, Jalan Besar Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Mereka dikehendaki hadir pada 30 dan 31 Julai ini, selain pada 6 hingga 8 Ogos depan untuk memberi keterangan berhubung kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Rashshidy Abd Rahman di talian 016-415 5677 atau menghubungi IPD Ampang Jaya atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 9:46 PM