Irwan Shafrizan Ismail


Putrajaya:Tempoh reman bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak disambung dua hari hingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Perintah sambungan reman terhadap individu bergelar Datuk berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Dia yang turut berkhidmat dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini direman empat hari bermula Selasa lalu dan tamat semalam.

Terdahulu, bekas pegawai khas itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 10.50 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi permohonan sambungan reman berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 9:36 AM