Amirul Aiman Hamsuddin
cnews@nstp.com.my


EMPAT daripada enam unit kedai yang sedang diubah suai musnah dalam kebakaran di Jalan Tangki Air, Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam, semalam.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, empat kedai musnah 100 peratus manakala dua lagi berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria berkata, sepasukan 23 anggota dengan bantuan dari BBP Sungai Besar, Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Parit Baru dan PBS Sabak dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.


KEADAAN hutan yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba

"Setiba di lokasi, anggota kami mendapati api marak membakar deretan kedai serta asap hitam menyelubungi kawasan sekitar.

"Anggota mengambil masa satu jam bagi memadamkan kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih disiasat.

Mohd Saufi berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada 6.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 12:23 PM