KHAZANAH Nasional Berhad (Khazanah) didapati membuat pelaburan bernilai AS$20 juta (RM80 juta) bagi perniagaan pakaian dalam wanita secara dalam talian.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan sedemikian adalah antara hala tuju yang dianggap tersasar daripada tujuan sebenar dana kedaulatan kekayaan itu diwujudkan.

“Pada pandangan kerajaan, Khazanah perlu berfungsi sebagai ditetapkan dan perincian boleh diberi untuk kita melihat semula peranan Khazanah.

“Khazanah melabur hampir AS$20 juta bagi perniagaan dalam talian menjual baju dalam wanita dan pelaburan ini terpaksa dihapuskan.

“Ada juga pelaburan dibuat menerusi ekuiti persendirian tanpa perbincangan dengan pihak bank.

“Perkara ini menuntut kerajaan baharu meletakkan Khazanah kembali ke landasan,” katanya menjawab celahan Datuk Seri Najib Razak (BN-UMNO Pekan) ketika sesi penggulungan perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib meminta penjelasan bagaimana Khazanah dikatakan tersasar dari landasan sedangkan asetnya melonjak dari RM30 bilion kepada RM130 bilion dalam tempoh 10 tahun.


DR Mahathir selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Luqman Hakim Zubir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 2:17 PM