BAYI berkenaan. FOTO Ihsan JKM
Suraya Roslan


PEJABAT Kebajikan Masyarakat Daerah Klang (PKMD) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan berusia empat bulan.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 10 April 2018 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum ditinggalkan ibu kandungnya warga Indonesia dikenali sebagai Mirra, yang dipercayai melarikan diri.

Pelindung Kanak-kanak Nurzatulhain Mohd Othman berkata, bayi berkenaan ditinggalkan ibu kandung di hospital berkenaan selepas berusia kira-kira sebulan.

“Ibu kandung menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini. Malah, dia tidak tinggalkan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Untuk tempoh sementara PKMD Klang memilih pasangan ibu bapa pelihara yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai orang yang layak dan sesuai untuk memelihara kanak-kanak melalui perintah mahkamah yang dimeterai pada 5 Julai yang lalu sehingga siasatan lanjut dapat dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama waris atau ibu bapa untuk tampil bagi membantu urusan dokumentasi dan penempatan bayi berkenaan dengan menghubungi Nurzatulhain di talian 03-33413703/ 3913.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 4:08 PM