ALMARHUM Tengku Abdullah
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

cnews@ nstp.com.my

Kuantan: Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar mangkat di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Jurucakap Istana Pahang berkata, Almarhum mangkat pada usia 78 tahun kira-kira jam 11.30 pagi akibat kanser darah.

Menurutnya, jenazah Almarhum diterbangkan ke negeri ini menggunakan Pesawat Charlie di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 3 petang.

Jurucakap itu memaklumkan, jenazah Almarhum Tengku Abdullah dibawa ke Makam Diraja, Pekan untuk disemadikan sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuantan.

“Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) maklum mengenai perkara ini dan akan berangkat ke Pekan (Makam Diraja) jam 3.30 petang,” katanya.

Tengku Abdullah meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Yusoff dan dua anak.

Almarhum juga adalah bapa mentua kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 10:58 AM