KETUA Pegawai CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun (tiga kiri) bersama pengacara CJ WOW Shop, Yana Samsudin (empat kanan) dan Zaim Helmi (dua kiri) bergambar bersama van konvoi yang akan menjelajahi seluruh negara untuk melawat 100 pelanggan utama sempena kempen "WOW in a Million". Foto NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA
Sofyan Rizal Ishak


CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah inovatif dijangka mencapai sejuta pelanggan menjelang September ini sejak mula beroperasi pada April 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kim Yang Hyun berkata, pada masa ini syarikat berjaya merekodkan 970,000 pelanggan dan jumlah itu dilihat akan meningkat sepanjang Ogos ini.

“Bersempena kejayaan itu, kami melancarkan kempen 'WOW in a Million' bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia,” katanya pada majlis pelancaran kempen 'WOW in a Million' CJ WOW SHOP di Shah Alam, hari ini.

Kempen selama sebulan itu akan menyaksikan pasukan CJ WOW SHOP menjelajah seluruh negara untuk melawat 100 pelanggan utama yang menyumbang kepada jumlah pembelian tertinggi bagi mengucapkan terima kasih dan memberi pelbagai hadiah serta ganjaran.

Untuk menyemarakkan sambutan pencapaian itu, semua pelanggan CJ WOW SHOP turut akan diberi ganjaran baucer beli-belah bernilai RM20 bagi setiap orang untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula dari 1 hingga 30 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 4:20 PM