GAMBAR hiasan
Noor Hidayah Tanzizi

LELAKI Bangladesh maut selepas dihempap traktor mesin rumput dipandunya di Ladang UIE, Pantai Remis, di Manjung, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima laporan panggilan kecemasan pada 1.55 tengah hari.

Beliau berkata, susuan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kita dapati mangsa dihempap traktor mesin rumput. Ia dipercayai selepas jentera itu dikatakan terbabas dan terjatuh ke dalam parit berkenaan.

“Anggota terpaksa mendapatkan bantuan jengkaut untuk mengalihkan traktor berkenaan sebelum mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.

Katanya, mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 3.26 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 6:36 PM