MUSTAPA. FOTO Arkib NSTP
MUSTAPA. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihaknya ada memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk dirakam keterangan berhubung dana parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, dakwaan itu adalah tidak benar.

“Tidak. Ia adalah dakwaan palsu,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sebelum ini, sebuah stesen radio Inggeris tempatan melaporkan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa Ahli Parlimen Jeli itu disoal siasat berhubung dana yang diterima untuk kegunaan parti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 5:31 PM