SULTAN Ahmad Shah. FOTO Arkib NSTP
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

ISTANA Pahang menafikan berita mengenai kemangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang tersebar hari ini.

Menurut sumber, Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan sihat dan sedang berada di ibu negara.

“Tuanku berada dalam keadaan sihat... saya menafikan berita (kemangkatan) yang tersebar itu,” katanya.

Difahamkan, baginda kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak empat hari lalu.

Sultan Ahmad Shah bakal menyambut Ulang Tahun Keputeraan yang ke-88 pada 24 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 8:03 PM