FOTO Hiasan


POLIS mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Chua Lye Seng, 50, untuk menjadi saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, saksi berkenaan diperlukan bagi perbicaraan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahya 1952.

“Perbicaraan kes ini memerlukan lelaki berkenaan hadir sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 9 pagi esok,” katanya.

Katanya, individu berkenaan atau orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Lye Seng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Masshuaella Mohd Idris di talian 01127671017 atau mana-mana balai terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 9:06 PM