Skip this ad x
GAMBAR hiasan


BAHAGIAN Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Petaling Jaya sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Htet Naing Lin, 35, untuk menjadi saksi di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, bagi perbicaraan satu kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, saksi berkenaan diperlukan bagi perbicaraan satu kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan lelaki yang menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam berhubung kes bunuh.

“Saksi dikenali sebagai Htet Naing Lin, nombor pasport M 823447, berumur 35 tahun, warga Myanmar dan dipercayai bekerja sebagai tukang masak. Alamat tempat tinggal terakhir di 106A, Tingkat 2, Jalan 21/60, Damansara, Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Saksi ini dicari bagi membantu memberi keterangan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan N Ramesh di talian 012-5056262 atau emel ke [email protected] dari BSJD Petaling Jaya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 12:41 PM