GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah


SUDAHLAH mengendap perempuan mandi, lelaki turut menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 59 tahun, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 41 tahun datang ke rumah mangsa di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, Miri, pada 3.24 petang hari sama, sebelum menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum suspek ditahan polis tidak lama kemudian,” katanya.

Bagaimanapun, ketika tiba di Balai Polis Lutong, suspek bertukar agresif lalu merempuh pintu balai polis sehingga pecah menggunakan kepalanya kerana ingin melarikan diri.

“Akibat daripada kejadian itu, lelaki itu cedera di bahagian kepala dan tangan sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447, 509 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 5:03 PM