FOTO Hiasan
Nor Azura Abdul Jalil

SURI rumah yang mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mendera dua anaknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, terpaksa bermalam di lokap.

Ia selepas Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid tidak membenarkan tertuduh berusia 19 tahun itu dibebaskan dengan jaminan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 19 tahun yang tidak diwakili peguam memohon dia dibenarkan ikat jamin atas alasan dia perlu menjaga anaknya.

Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagaimanapun mencadangkan tertuduh tidak diikat jamin mengambil kira keselamatan mangsa.

Emelia Kaswati kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, wanita didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun dua bulan dan bayi lelakinya berusia enam bulan.

Ia menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan meninggalkan parut di beberapa bahagian badan antaranya kedua-dua belah tangan kiri dan kanan, muka serta kaki.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah dekat Batu Caves, antara 6 Ogos dan 18 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes.

Tarikh perbicaraan kes itu juga ditetapkan pada 12 dan 13 Disember ini.

SURI rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan mendera dua anaknya sehingga meninggalkan parut di beberapa bahagian badan, Ogos dan September lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun dua bulan dan bayi lelakinya berusia enam bulan.

Ia menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan meninggalkan parut di beberapa bahagian badan antaranya kedua-dua belah tangan kiri dan kanan, muka serta kaki.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah dekat Batu Caves, antara 6 Ogos dan 18 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dia dibenarkan ikat jamin atas alasan dia perlu menjaga anak-anaknya.

Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagaimanapun mencadangkan tertuduh tidak diikat jamin mengambil kira keselamatan mangsa.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 November ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 3:24 PM