LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohd Khidir Zakaria


RANGKA manusia yang ditemui di tingkat 19 sebuah bangunan terbengkalai di Batu 8, Teluk Kemang, di POrt Dickson, masih belum diketahui identitinya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, berdasarkan siasatan awal tiada sebarang kesan jenayah ditemui.

Selain itu, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga bulan.

“Buat masa ini polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti mangsa. Bedah siasat dijangka akan dilakukan pagi esok di Hospital Port Dickson (HPD).

“Kita meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya segera menghubungi polis dan tampil di HPD bagi proses pengecaman berdasarkan pakaian dan barangan lain yang ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Jumaat lalu, rangka manusia itu ditemui oleh kontraktor yang menjalankan kerja pemeriksaan struktur bangunan berkenaan, jam 1 tengah hari.

Pemeriksaan lanjut mendapati si mati berada di dalam ‘sleeping bag’ dengan memakai seluar jeans dan berbaju-T, namun tiada pengenalan diri ditemui.

Berita berkaitan

Rangka manusia di tingkat 19

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Oktober 2018 @ 4:54 PM