LRT. FOTO Aizuddin Saad
Luqman Arif Abdul Karim


PAS bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL diperkenalkan mulai 1 Januari 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.

Katanya, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

“Kempen (pas bulanan) ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.

“Kerajaan percaya peruntukan ini berupaya meningkatkan pendapatan boleh guna isu rumah beberapa ratus ringgit sebulan,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 6:10 PM