GAMBAR hiasan
Muhamaad Razis Ismail


KONTRAKTOR dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan merogol anak tirinya, tahun lalu.

Tertuduh berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun di dalam rumah di Machang pada 8 pagi, 6 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan jaminan.

Peguam Latifah Ariffin yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dibenarkan.

Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 1:13 PM