GAMBAR hiasan
Zatul Iffah Zolkiply

KANAK-KANAK perempuan dipercayai menjadi mangsa pemuas nafsu abang kandungnya dalam kejadian di Chukai.

Kejadian menimpa mangsa itu hanya diketahui keluarganya selepas kanak-kanak malang berusia tujuh tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk suspek berusia 14 tahun, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa memaklumkan suspek membuka seluar dan pakaian dalamnya ketika dia tidur di ruang tamu sebelum merogol adiknya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek kerap melakukan perkara sama terhadapnya.

"Susulan kejadian itu, bapa mereka membuat laporan di Balai Polis Ayer Jerneh semalam (Rabu) untuk tindakan lanjut.

"Suspek yang tidak bersekolah itu ditahan dirumahnya, 11.30 malam semalam.

"Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 4:42 PM