DR Siti Hasmah Mohd Ali. FOTO arkib NSTP
Zanariah Abd Mutalib; Suhaila Shahrul Anwar; Fahmy Azril Rosli dan Rizanizam Abdul Hamid

ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kali pertama di Putrajaya, hari ini.

Anugerah disampaikan kepada anak beliau yang juga Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun.

Dr Siti Hasmah menjadi penerima pertama mendapat anugerah itu atas sumbangan beliau yang menjadi tunggak kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan sentiasa bersama Pengerusi BERSATU itu dalam susah serta senang.

Perwakilan turut dipertontonkan dengan video klip khas yang memaparkan video dan gambar Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sejak muda sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Disember 2018 @ 6:11 PM