BAYI perempuan masih bertali pusat yang baru dilahirkan ditemui di dalam beg berwarna hitam di Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


BAYI perempuan masih bertali pusat yang baru dilahirkan ditemui di pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 1.34 petang tadi.

"Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya terima maklumat daripada lelaki yang memaklumkan menemui bayi baru dilahirkan di pangsapuri berkenaan.

"Pihak ambulans yang datang ke lokasi kejadian membuat pemeriksaan terhadap bayi berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di Ampang Jaya, hari ini.

Bayi malang itu yang dibalut dengan kain putih ditemui diletakkan di dalam beg berwarna hitam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 January 2019 @ 5:42 PM